Pembudayaan ICT Melalui Aplikasi Blog

Pengenalan

Masyarakat Malaysia dewasa ini begitu terdedah dengan era globalisasi yang berorientasikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam setiap aspek kehidupan, hampir kesemuanya mengorak langkah ke arah pengaplikasian ICT.  Contoh yang jelas ialah aplikasi ICT dalam urusan perniagaan, perbankan, jual beli, tempahan dan sebagainya. Penjelasan segala macam bil-bil boleh dilangsaikan didepan skrin komputer dirumah masing-masing,  jika dibandingkan dengan eran 70-an dan 80-an, para pengguna perlu beratur panjang di kaunter-kaunter yang berkenaan.

Begitu juga, aplikasi ICT turut mewarnai dalam bidang pendidikan yang bergerak ke arah e-pembelajaran dan m-pembelajaran.  Dalam kesibukan warga pendidik merancang dan memikirkan langkah-langkah terbaik untuk mengintegrasikan ICT dalam bidang pendidikan, maka adalah perlu golongan pendidik yang berdepan dengan pelajar setiap hari juga turut merancang pendekatan yang terbaik bagi pelajarnya.

Untuk itu, melalui paparan blog ini saya ingin mencadangkan aplikasi blog turut diperkenalkan disekolah-sekolah sebagai salah satu elemen pembudayaan ICT di dalam msyarakat.  Sebelum aplikasi blog itu bertapak di peringkat sekolah, maka adalah perlu guru-guru pelatih di IPTA  didedahkan dengan aplikasi blog dalam proses pembelajaranya.

Sebagai tugasan lanjut, para pelajar GE1155, diminta untuk membuat refleksi tentang aplikasi blog dalam pembudayaan ICT yang berlaku dalam dirinya…..

Advertisements

About mdyusoffdaud

Education is lovely
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

29 Responses to Pembudayaan ICT Melalui Aplikasi Blog

  1. NUR FAHANA BT ABD MANAS says:

    assalamualaikum..saya bersetuju dengan cadangan Dr. Yusuff bekenaan cadangan untuk mepeerkenalkan aplikasi blog di sekolah-sekolah sebagai slah satu daripada pembudayaan ICT dalam masyarakat. hal ini bukan saja dapat melahirkan pelajar yang celik it bahkan dapat membina satu budaya pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan. dengan adanya seorang pelajar 1 blog mereka dapat berkongsi pelbagai maklumat , idea dan cadangan seta berbincang berkenaan topik yang dipelajari di dalam kelas. Minda para pelajar akan lebih berkembang dan dapat menyelami dunia global dengan lebih meeluas. Selain itu , mereka tidak akan berada di takuk lama kerana golongan ini mempunyai tahap minda intelektual yang lebih tinggi dalam segenap aspek-aspek yang harus diberi perhatian….

    Like

  2. Nik Nur Diyana Bt Nik Mohammad says:

    Saya sangat setuju dengan cadangan tersebut supaya aplikasi blog diperkenalkan di sekolah-sekolah sebagai salah satu cara untuk membudayakan ict dalam masyarakat kerana ia dapat mendedahkan para pelajar terutamanya dalam penggunaan ict.Jika dibandingkan dengan facebook aplikasi blog lebih berfaedah kerana kita dapat berkongsi maklumat dan idea secara ilmiah.

    Like

  3. pada pandangan saya, pembudayaan ICT sangat penting terutama untuk masa hadapan. aplikasi yang saya dapat daripada blog ialah membantu saya mengetahui secara mendalam tentang pembelajaran ICT atau pengkhususan saya sendiri iaitu bidang pendidikan khas. selain itu, kemahiran saya dalam penulisan dan kecekapan menggunakan komputer menjadi lebih berkesan dan semakin baik. kemahiran berfikir searus dengan globalisasi pun juga semakin meningkat dalam diri saya serta perkongsian yang sama rata antara kawan-kawan juga dapat dipupuk..

    Like

  4. fizre says:

    Saya sangat bersetuju mengenai penggunaan aplikasi blog dalam pembudayaan ICT.Hal ini juga demikian kerana ICT merupakan salah satu cabang untuk memperluaskan dan memajukan bidangan pendidikan dalam negara ini.Cadangan untuk memperluaskan penggunaan aplikasi blog ini di peringkat sekolah adalah satu cadangan yang amat bagus bagi meningkatkan mutu pendidikan.Walau bagaimanapun,jika aplikasi penggunaan blog ini diperkenalkan,ianya perlu mempunyai pengisian yang maksimum.
    Melalui penggunaan blog ini juga merupakan batu loncatan kepada para pelajar bagi mengenali dunia ICT dengan lebih mendalam lagi kerana melalui penggunaan blog,para pelajar terdedah dengan kaedah dan aplikasi ICT yang tertentu yang mana ianya boleh digunakan untuk keperluan yang akan datang.
    Pada peringkat permulaan,wajarlah bagi setiap guru mempunyai blog masing masing dan didalamnya mestilah dilengkapi dengan nota nota dan contoh contoh soalan bagi setiap pengkhususan masing masing.Jika setiap guru menyahut seruan ini,maka ianya akan memeberi kemudahan kepada setiap pelajar unutk mendapatkan maklumat tambahan mengenai setiap mata pelajaran selain daripada mendapatkannya di dalam kelas.

    Like

  5. ayzanaya91 says:

    aplikasi blog dalam pembudayaan ict sangat perlu .
    ini adalah kerana setiap pelajar dan guru perlu berhubung. bagi saya , blog banyak membantu saya untuk menyelesaikan tugas-tugas serta kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan. selain itu, blog juga adalah medium bagi saya untuk berhubung dengan guru-guru saya yang terdahulu serta para pensyarah saya pada masa kini.pensyarah juga seharusnya mempunyai blog untuk memberi maklumat serta perkembangan terkini tentang pembelajaran. blog seperti wordpress serta blogspot mudah untuk dipelajari oleh pelajar, oleh itu tiada alasan yang sewajarnya bagi para pelajar untuk tidak menggunakan blog untuk pelajaran. sedangkan pelajar boleh menghabiskan begitu banyak masa untuk mempelajari penggunaan laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan juga tagged. apa salahnya sekiranya mereka mempelajari untuk menggunakan blog untuk kebaikan mereka sendiri iaitu untuk pelajaran mereka. sebagai tambahan , pada zaman yang mengkehedaki keperluan kecekapan pengunaan ict ini. oleh itu, bagi saya penggunaan ict dalam diri saya sangat perlu dan berkesesuaian dalam masa kini.

    Like

  6. cella mella says:

    pada pendapat saya pembudayaan ict melalui blog adalah sangat efektif dalam menyampaikan pembelajaran. pembelajaran dalam konteks ilmu adalah pelbagai bukan tertakluk pada sukatan pembelajaran di sekolah sahaja . pendapat saya lagi melalui cerita2 atau pengalaman yang ditulis di dalam blog sedikit sebanyak dapat menyedarkan para pelajar dengan keadaan dunia zaman sekarang . di samping itu, sebagai yang kita ssedia maklum para pelajar kurang minat membaca, namun mereka mampu membaca ap2 jua jenis blog yang tidak berkaitan dengan pembelajaran oleh itu sebagai seorang guru yang inovatif kita seharusnya bijak untuk menulis sesuatu blog tentang pelajaran yang boleh menarik minat para pelajar .

    Like

  7. singtee1989 says:

    Dalam era globalisasi sekarang,kemajuan dalam kemudahan ICT ini amat memudahkan generasi sekarang.Saya sangat setuju dengan guru-guru menggunakan aplikasi blog bertapak di peringkat sekolah.Hal ini disebabkan kemudahan aplikasi ini memudahkan pelajar-pelajar dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran.Seperti mempunyai masalah tentang tugasan semasa tidak berada dalam masa kelas.Kita boleh membuat comment dekat blog yang dibagi oleh guru selepas itu tugasan dapat dijelaskan dengan lebh jelas dengan menggunakan aplikasi ini.Selain itu nota-nota juga dapat dibagikan dengan menggunakan aplikasi ini dan meletakan gambar-gambar atau video-video yang berkaitan dengan pembelajaran yang tidak dapat ditunjukkan dengan nota-nota kertas yang sentiasa dibagi seperti di sekolah. Selain itu aplikasi ini juga dapat menjimatkan duit sebab kemudahan ini dapat membuat perbincangan dalam blog dengan percuma.Dan tidak perlulah menghantar mesej untuk tanya sesuatu yang ingin dibincang.Saya Amat setujulah aplikasi digunakan dalam peringkat sekolah.

    Like

  8. nuralwani says:

    Pada pandangan saya,cadangan untuk megaplikasikan blog untuk diperkenalkan di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar amat diggalakkan. Ia disebabkan pengetahuan yang dulunya dikenali hanya sebuah komputer, kini pemikirannya akan bertukar menjadi kegunaan yang pelbagai selepas mengenali selok belok teknologi.

    Like

  9. asiahibrahim says:

    pembudayaan ict melalui aplikasi blog adalah salah satu cara untuk menyebarkan maklumat dengan cepat dan mudah. aplikasi blog juga seharusnya diaplikasikan oleh setiap lapisan masyarakat khususnya masyarakat malaysia supaya mereka boleh mewariasikan pengunaan ict dalam kehidupan mereka setanding dengan negara-negara maju didunia yang sememangnya cekap dalam pengguanan ict. untuk tujuan ini aplikasi blog harus diperkenalkan di peringkat sekolah supaya pelajar boleh mengaplikasikan dalam pembelajaran dan seterusnya kealam pekerjaan.

    Like

  10. Nor Shakinah Bt Mohamad Othman says:

    Saya setuju dengan pendapat tadi.Sebelum kita hendak meleluasakan kaedah pengajaran dan pengkongsian ilmu yang baru iaitu pengaplikasian melalui blog secara berleluasa di sekolah,perlulah pengaplikasian bermula daripada pangkalnya iaitu kepada bakal-bakal guru siswazah kemudian diperkenalkan secara berleluasa kepada pelajar-pelajar mereka disekolah barulah perlaksanaan kaedah baru ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.Dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih,proses penyampaian ilmu boleh dipelbagaikan,tidaklah hanya tertumpu di papan putih di sekolah sahaja.Proses pengajaran kini semakin mudah dan amat diminati oleh pelajar pada masa kini yang sudah semakin celik dengan dunia teknologi maklumat.Sebagai seorang guru sememangnya kita harus mengikuti perubahan yang berlaku disekeliling kita.Bagi diri saya juga,aplikasi blog dalam pembudayan ict membolehkan saya berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar.

    Like

  11. sienglee1989 says:

    Zaman sekarang memang dah canggih sudah, kalau sesiapa yang masih ketinggalan zaman dengan pendedahan penggunaan internet atau komputer adalah memang rugi. Ini adalah kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan sekarang memerlukan kegunaan komputer dan internet barulah dapat dilakukan dan diselesaikan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, masyarakat yang masih belum terdedah dengan teknologi yang canggih ini memang akan berasa terasing dengan dunia ini. Masalah ini akan menyebabkan diri seseorang itu berasa rendah diri. Oleh itu, kita haruslah memberanikan diri sendiri untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun kita sudah dalam usia tua. Kita haruslah mengutamakan budaya pembelajaran sepanjang hidup dan bukanklah berasa malu.Saya juga setuju dengan cadangan-cadangan doktor iaitu mencadangkan blog turut diperkenalkan disekolah-sekolah sebagai salah satu elemen pembudayaan ICT di dalam msyarakat. Oleh itu, guru-guru pelatih di IPTA didedahkan dengan aplikasi blog dalam proses pembelajaranya. Denganitu, barulah guru-guru dapat mendedahkan blog kepada pelajar-pelajar. Jika pendedahan blog kepada pelajar, mereka akan lebih minat mempelajari. Dengan adanya minat, makalah mereka akan mempelajari dengan tekun dan faham dengan cepat membolehkan mereka mahir dengan pembudayaan ICT.

    Like

  12. cekguhafiz says:

    salam,,saye menyokong pendapat DR.YUSOF guru perlu didedahkan dengan ict terlbih dahulu bagi megadaptasi untuk semua tugasan dalam aktivti penyampaianmaklumat.ini kerana ict merupakan perkara yang amat penting dalam perhubungan dan penyampaian maklumat.dengan penggunaan ict maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan komen dapat diterima bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih baik

    Like

  13. alfaizan says:

    Memang tidak dapat dinafikan kepelbagaian kemudahan yang wujud masa kini banyak membawa manfaat kepada rumpunan masyarakat tanpa mengira kumpulan ataupun etnik masyarakat,khususnya Kewujudan kemudahan ICT yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Kewujudan kepentingan ICT yang pelbagai ini memberi banyak impak dan pengaruh kepada gaya kehidupan masyarakat sehingga timbulnya gaya-gaya hidup yang positif dan negatif. Keadaan yang wujud adakalanya melalaikan ramai masyarakat terutamanya golongan remaja yang kerap kali terjebak dengan budaya yang negatif seperti budaya tidak senonoh,budaya orang asing dan sebagaiya. oleh itu, langkah yang harus diambil adalah menerapkan nilai- nilai yang murni diawal pembelajaran remaja melalui penglibatan khusus ibu bapa… ini mampu mengurangkan impak kepada bidang ICT supaya penyalahgunaan ICt tidak berlaku.

    Like

  14. faried shah says:

    saya setuju!!!!!!!!!!!

    Like

  15. faten bt hayot says:

    assalamualaikum..saya sangat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan di atas..blog memang sesuaia sebagai medan untuk membudayakan ict kerana penggunaannya lebih efektif dan berilmiah berbanding laman sosial facebook..melalui blog,kita dapat mengetahui sesuatu maklumat dengan lebih tepat berbanding maklumat-maklumat yang dipaparkan di facebook.

    Like

  16. al-hariss says:

    pertama sekali memang bagus apabila benda ini diperkenalkan di sekolah-sekolah…saya ulang sekali lagi idea ini memang bagus dan perlu untuk zaman sekarang….jadi laksanakanlah……lagi cepat lagi bagus…..

    Like

  17. siti aishah says:

    pembudayaan Ict pada masa kini amat perlu bagi membolehkan para pelajar kita bersaing dengan pelajar lain di luar negara. hal ini demikian kerana melalui penggunaan teknologi para pelajar dapat memperoleh maklumat yang meluas tanpa sempadan. oleh itu, saya bersetuju dengan encik untuk memperkenalkan blog dalam sekolah kerana ia dapat membantu pelajar berkongsi idea.

    Like

  18. Azuriani murni binti Omar Ussman says:

    Assalamualaikum,saya AZURIANI Murni merasakan bahawa sememangnya pembudayaan ict kini semakin meluas.Secara tidak langsung hal ini memberi impak positif yang besar dalam kehidupan seharian kerana penggunaan ict membantu manusia menjalankan urusan harian dengan mudah dan juga membantu menjimatkan masa dan juga wang.Saya turut merasakan tempiasnya kerana saya juga merupakan salah seorang pengguna ict,saya dapat merasakan faedahnya penggunaan ict ini terutama sekali dalam bidang pendidikan.Penggunaan ict dalam pendidikan memudahkan saya mencari sebanyak mungkin maklumat dengan cepat dan mudah.

    Like

  19. norzie che nordin says:

    salam saya ucapkan…pada pandangan saya,pembudayaan ICT pada masa kini adalah amat penting.Hal ini disebabkan penggunaan ICT di mana-mana sahaja seperti di IPTA/IPTS khususnya amat penting.Sebagai contohnya daripada pembudayaan ICT ini,saya dapat mengaplikasikan penggunaan blog dalam sesi pembelajaran.Malah,saya juga dapat mengaplikasikan penggunaan blog ini dalam bidang pendidikan khususnya pendapat saya mengenai pendidikan khas…sekian..

    Like

  20. massaharini says:

    Assalammualaikum. saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh En.Mdyusoff. dalam mengorak langkah menuju masa depan yang seterusnya bidang ICT memang sangat penting dalam kehidupann seharian dalam pelbagai bidang, begitu juga dalam bidang pendidikan. aplikasi blog di sekolah sangat perlu untuk mempermudah perkongsian maklumat antara pelajar dengan pelajar lain atau guru dengan guru dan pelajar dengan guru..

    Like

  21. Nurul Zahidah Binti Azmi Murad says:

    Era globalisasi sudah melanda hampir semua penduduk dunia tidak kira dimanapn mereka berada. Jadi penggunaan ict dalam pendidikan amat penting bagi seiring dengan kehendak penduduk dunia yang sentiasa kehadapan. Pada pendapat saya, seorang guru perlu tahu berkaitan dengan ilmu ict agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa boleh di update walaupun diluar waktu persekolahan. Contohnya dengan pembinaan blog untuk memberi nota kepada pelajar. pelajar hanya perlu melewati blog guru berkenaan untuk berinteraksi dengan guru mereka diluar waktu pembelajaran,.

    Like

  22. fayka binti mohammad yusoff says:

    Saya bersetuju dengan cadangan yang telah diutarakan iaitu guru-guru pelatih di IPTA didedahkan terlebih dahulu mengenai aplikasi blog ini sebelum ianya bertapak di sekolah. Secara tidak langsung perkara ini akan memahirkan bakal guru dengan penggunaan ICT. Mereka juga dapat berkongsi maklumat dengan guru-guru atau orang lain.

    Like

  23. sitizabihah says:

    asalamualaikum,dan terlebih dahulu saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr.yusoff..Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembudayan ict melalui blog memudahkan urusan kita seharian.selain itu,ict juga menjadikan sesuatu maklumat itu dapat diakses dengan mudah dan cepat.pada masa sekarang ini ict begitu penting dan setiap individu harus tahu menggunakan ict…

    Like

  24. Khalsum Binti Abdul Hamid says:

    Salam..pada pandangan saya aplikasi blog dalam pendidikan adalah amat bersesuaian. Tetapi pada pandangan saya aplikasi blog ini perlulah diajar bersesuaian dengan umur supaya para pelajar tidak salah menggunakannya. Aplikasi blog ini sangat perlu untuk pendidikan kerana para pelajar boleh membincangkan perkara ilmiah di dalam blog. Selain itu, pelajar boleh membincangkan mengenai pelajaran dan membincangkan mengenai isu-isu semasa. Penggunaan blog memberikan banyak impak positif berbanding impak negatif. Kita dapat melahirkan pelajar yang celik ICT dan dalam masa yang sama dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan mengenai alam sekitar.

    Like

  25. rosinah says:

    Pada pendapat saya pembudayaan penggunaan ict penting untuk stiap pelajar.Saya bersetuju dengan pendapat saudari Nur Farhana bahawa dengan penggunaan blog pelajar dapat berkongsi maklumat,idea dan cadangan.Pada zaman era globalisasi ini penggunaan ict dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat serta membuat tugasan dengan mudah dan cepat.Selain itu dengan penggunaan blog ini pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ict.

    Like

  26. salam…saya mengakui bahawa penggunaan blog amat penting pada zaman sekarang ini. melalui blog, para guru, pelajar, ataupun sesiapa sahaja boleh menggunakannya sebagai medium pembelajaran dalam kehidupan seharian. pelajar yang menggunakan blog, boleh ‘post’kan tugasan melalui blog guru ataupun pensyarah masing-masing. saya sendiri pun telah mempraktikkannya di matrikulasi dahulu bagi matapelajaran Inggeris. kami telah ‘post’kan tugasan melalui blog kelas kami yang telah dibina oleh pensyarah kami.

    Like

  27. teotingting says:

    memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaplikasian ict ini dapat memudahkan kehidupan kita dalam dunia yang makin mencabar hari ini. Pada zaman ini, terdapat banyak aktiviti atau tugasan yang memerlukan penggunaan ict untuk diselesaikan. Oleh itu, pendedahan kepada ict perlulah diperluaskan dengan bermula di peringkat sekolah. Penggunaan ict dalam penyampaian dapat mempercepatkan dan melancarkan proses pembelajaran. selain itu,guru-guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni terhdap pelajar supaya mereka tidak menyalahgunakan teknologi ini.

    Like

  28. sheila0203 says:

    Aplikasi blog amat penting pada setiap orang. bagi pendapat saya sekiranya ada blog ini kita boleh bertukar pendapat serta berkongsi maklumat antara satu sama lain dengan orang lain. seterusnya adanya blog ini kita dapat berkongsi bersama-sama tentang pengalaman kita sama ada manis atau apa sahaja. seterusnya, dengan blog ini kita boleh dapat ramai kawan. blog memudahkan kita menyimpan url web iaitu dengan melakukan link. seterusnya, blog ini dapat membantu pelajar untuk lebih mahir dalam penggunaan komputer.

    Like

  29. nurulhafidfah says:

    pada pandangan saya,cadangan tuan untuk mengaplikasikan blog di sekolah-sekolah sebagai salah satu elemen pembudayaan ict dalam kalangan masyarakat adalah satu cadangan yang baik untuk diaplikasikan. Dengan itu, pembudayaan ict boleh dipupuk dari alam persekolahan lagi untuk menjadikannya sebagai kebolehhan pasaran mereka nanti.
    Selain itu,penggunaan blog di sekolah juga boleh diaplikasikan untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Namun,bahasa penulisan perlulah dipantau. Hal ini demikian kerana,seperti yang kita sedia maklum, gaya bahasa penulisan remaja hari ini lebih kepada bahasa pasar dan bahasa rojak. Jika perkara ini tidak dipandang serius,maka maratabat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan negara kita akan tercemar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s